Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025

Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025

TERMA DAN SYARAT KEMPEN “PERBAHARUI INSURANS DENGAN MOTOCARE DAN MENANGIMATA GANJARAN PLUSMILES 2025”


1. Penganjur
Kempen “Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025” (selepas ini dirujuk sebagai “Kempen”) ini merupakan anjuran bersama Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (“PLUS Berhad”) dengan Moby Money Sdn. Bhd. (“Moby”) (selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai “Penganjur”).


2. Tempoh
a. Kempen ini berlangsung dari 23 Mei 2025 sehingga 23 Ogos 2025 (“Tempoh Kempen”) dan akan ditadbir oleh terma-terma dan syarat-syarat yang berikut; dan
b. Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau melanjutkan Tempoh Kempen tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.


3. Kelayakan
Kempen ini terbuka kepada semua ahli PLUSMiles sedia ada dan sekiranya pengguna belum berdaftar sebagai ahli PLUSMiles, pengguna perlu mendaftar sebagai ahli PLUSMiles sebelum atau pada 23 Mei 2025.

4. Cara Penyertaan Kempen
Pelanggan perlu memperbaharui insurans kereta mereka melalui Aplikasi PLUS sepanjang Tempoh Kempen dan memenuhi syarat – syarat yang berikut: -

Ahli PLUSMiles Sedia Ada Bukan Ahli PLUSMiles
1. Akaun PLUSMiles mestilah sah dan didaftarkan di bawah nama yang sama dengan pemegang polisi insurans kenderaan. 1. Berdaftar sebagai ahli PLUSMiles sebelum/ pada 23 Mei 2025; dan
2. Akaun PLUSMiles mestilah sah dan didaftarkan di bawah nama yang sama dengan pemegang polisi insurans
kenderaan.
 

5. Hadiah Kempen 
Berdasarkan penyertaan pelanggan yang layak dan memenuhi terma-terma dan syarat-syarat di sini, Penganjur akan memilih pemenang untuk memenangi 100,000 bonus mata ganjaran PLUSMiles (“Hadiah Kempen”). Pihak Penganjur berhak atas budibicara mutlaknya untuk menggantikan Hadiah Kempen dengan mana-mana hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Hadiah Kempen tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk apa-apa format atas sebarang sebab. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'. 

6. Pemilihan Pemenang Kempen
Pemenang Kempen akan dipilih secara rawak daripada penyertaan yang layak dan akan dimaklumkan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh tamat Kempen.


7. Liabiliti dan Tanggungjawab
a. Pelanggan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti penuh terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, prosiding, kos dan perbelanjaan yang mungkin dihadapi oleh pihak Penganjur berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan pelanggan dalam Kempen ini (termasuk dan tidak terhad kepada kejadian tidak dijangka, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) kerana menyertai Kempen, penebusan dan/atau penggunaan mata ganjaran tersebut. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, peristiwa, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan yang tidak diduga (termasuk kematian) dalam apa jua situasi.
b. Pihak Penganjur, pegawai, pekerja dan/atau wakil-wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau ganti rugi, sama ada secara tidak langsung, khas atau berbangkit, kerugian jangkaan, kerugian pendapatan, ganti rugi teladan berkenaan yang dialami oleh pelanggan yang menyertai Kempen ini atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh pelanggan berkaitan atau berbangkit daripada penyertaan dalam 
Kempen ini disebabkan oleh apa cara sekalipun, termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan (server) atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan trafik di internet dan/atau laman web atau sebarang situasi di luar 
kawalan pihak Penganjur.
c. Para pelanggan juga bersetuju bahawa pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, kecederaan kepada pelanggandan/atau kerosakan komputer pelanggan dan/atau mana-mana pihak ketiga, sistem komputer atau peralatan yang berkaitan dengan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan Kempen ini, termasuk memainkan atau memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web PLUSMiles dan berkaitan dengan Kempen, penghantaran/muat naik informasi untuk Kempen termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana kegagalan pelayan (server), kehilangan, kelewatan, kerosakan data atau kerosakan lain.
d. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima penyertaan kerana ketidakcekapan dari Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan/atau rangkaian telekomunikasi yang digunapakai oleh pelanggan yang menyediakan perkhidmatan internet dan/atau telekomunikasi yang tepat pada masanya dan/atau cekap.
e. Dengan menyertai Kempen, pelanggan tidak boleh tarik balik dan tanpa syarat memberikan kepada Penganjur hak untuk menggunakan dan mengeluarkan semula nama dan/atau gambar Pelanggan berkaitan dengan Kempen dan/atau publisiti, pengiklanan, perdagangan atau eksploitasi komersial Kempen atau mana-mana bahagian daripadanya termasuk usaha penerbitan tanpa pemberitahuan lanjut, imbuhan atau pampasan kepada pelanggan, dengan syarat pelanggan tidak boleh digambarkan sebagai menyokong mana-mana produk komersial.

8. Hak Penganjur
a. Penganjur mempunyai hak untuk mengubahsuai, menggantung atau membatalkan Kempen jika gagal berjalan seperti yang dirancang, terganggu atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan virus, penggodaman, campur tangan yang tidak dibenarkan, penipuan, kegagalan teknikal, atau sebarang sebab di luar kawalan Penganjur walaupun selepas Penganjur telah memberikan usaha yang 
terbaik untuk menyelesaikannya.
b. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana pelanggan yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penyertaan Kempen, operasi Kempen atau melanggar mana-mana terma dan syarat Kempen. Penganjur juga berhak untuk menamatkan mana-mana keahlian ahli PLUSMiles pelanggan yang menyertai Kempen ini yang semunasabahnya disyaki telah melanggar atau mengingkari mana-mana terma dan syarat. Penganjur mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah melakukan penipuan atau aktiviti berbahaya lain dengan Kempen dan/atau proses penyertaan Kempen.
c. Terma dan Syarat ini disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Sekiranya terdapat ketidakselarasan, konflik, kekeliruan atau percanggahan terhadap terma-terma dan syarat-syarat dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
d. Dengan menyertai Kempen, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Kempen ini serta sebarang keputusan Penganjur.
 

Soalan Lazim / Frequently Asked Question

No Soalan / Question Jawapan / Answer
1

Bilakah Kempen “Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025” ini bermula?


When does this “Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025” Campaign begin?

Kempen “Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025” ini bermula pada 23 Mei 2025 sehingga 23 Ogos 2025.


This “Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025” Campaign begins on 23rd May 2025 until 23rd August 2025.

2

Apakah syarat-syarat kelayakan Kempen “Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025” ini?


What are the eligibility requirements for this “Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025” Campaign?

Ahli PLUSMiles mestilah memperbaharui insurans kereta mereka melalui Aplikasi PLUS sepanjang tempoh kempen dan 
akaun PLUSMiles mestilah sah dan didaftarkan di bawah nama yang sama dengan pemegang polisi insurans.


PLUSMiles members must renew their car insurance through the PLUS App during the campaign period and their PLUSMiles account must be valid and registered under the same name as the insurance policy holder.

3

Bagaimanakah cara untuk menyertai Kempen “Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025” ini?


How do I participate in this “Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025” Campaign?

Langkah untuk menyertai kempen “Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025”:
Ahli PLUSMiles sedia ada
a. Penggguna haruslah memperbaharui insurans kereta mereka melalui Aplikasi PLUS sepanjang tempoh kempen
Bukan Ahli PLUSMiles
a. Mendaftar sebagai ahli PLUSMiles (sebelum/pada 23 Mei 2025) dan memperbaharui insurans kereta mereka melalui Aplikasi PLUS sepanjang tempoh kempen.

Cara-cara memperbaharui insurans kenderaan melalui aplikasi PLUS:
a. Langkah 1: Muat turun aplikasi PLUS di 
https://bit.ly/3pO2PYs
b. Langkah 2: Di halaman utama aplikasi PLUS, klik ‘See All’ dan ‘Insurance’
c. Langkah 3: Di bahagian MotoCare, klik ‘Subscribe Now’
d. Langkah 4: Isi maklumat tertera untuk perbaharui insurans kenderaan anda


Steps to join the “Perbaharui Insurans dengan MotoCare dan Menangi Mata Ganjaran PLUSMiles 2025” campaign:
Existing PLUSMiles members
a. Customers must renew their car insurance through the PLUS App during the campaign period
Non-PLUSMiles members 
a. Register as a PLUSMiles member (before/on 23rd May 2025) and renew their car insurance through the PLUS App during the campaign period.

How to renew your vehicle insurance through MotoCare via PLUS app:
a. Step 1: Download the PLUS app at https://bit.ly/3pO2PYs
b. Step 2: On the PLUS app home page, click ‘See All’ and ‘Insurance’
c. Step 3: In the MotoCare section, click ‘Subscribe Now’
d. Step 4: Fill in the information provided to renew your vehicle insurance

4

Bagaimana saya boleh dapatkan 100,000 Mata Ganjaran PLUSMiles melalui kempen ini?


How do I get the 100,000 PLUSMiles Points through the campaign?

Pemenang akan dipilih secara rawak daripada penyertaan yang layak dan akan dimaklumkan dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh tamat kempen. Pengumuman pemenang akan diumumkan di media sosial rasmi kami: Facebook PLUS Malaysia, X @plus2u dan Instagram @plus_malaysia.


One (1) winner will be selected at random from eligible entries and notified within sixty (60) days after the campaign ends. Stay tuned for the winner announcement on our official social media channels: Facebook PLUS Malaysia, X @plus2u, and Instagram @plus_malaysia.

5

Apakah saya boleh lakukan dengan dengan Mata Ganjaran PLUSMiles bonus?


What can I redeem with bonus PLUSMiles Points?

Anda boleh menebus Mata Ganjaran PLUSMiles dengan memuat turun Aplikasi PLUS di Apple Store atau Google Play Store dan memilih jenis- jenis produk penebusan yang sedia ada di portal 
PLUSMiles.


You can redeem PLUSMiles Points by downloading the PLUS App on the Apple Store or Google Play Store and refer to types of redemption products available in PLUSMiles Portal.

6

Adakah terdapat tarikh luput untuk Mata Ganjaran PLUSMiles saya?


Is there any expiry date for myPLUSMiles Points?

Mata Ganjaran PLUSMiles anda akan sah selama enam (6) bulan. Sebagai contoh, mata yang diperoleh pada April 2024 akan luput tarikh pada 31 Oktober 2024.


Your PLUSMiles Points is valid for a period of six (6) months and the expiry is based on first in-first out on a monthly basis. For example, points earned in April 2024 will expire on 31st October 2024